Pages

Monday, June 28, 2010

KaSiH iBu mEmBaWa Ke SyUrGa



Kisah ini sangat menyayat hati...Saya copy dari: http://bebelannuril.blogspot.com/




17 tahun dulu.
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi.
Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.

"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"
"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
"Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?"Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah. 

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.
Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir.
Ceritanya begini
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
Pprangggggg. tuuuuummmmt!!!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.
Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.
Cerita Mek kepada saya. Ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada. Cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid. Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin. Saya tiba di tanah perkuburan kira-kirapukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin. Tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau. Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau satu haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencari-cari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. 

Subhanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.
Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".Surah Luqman ayat 14

Wednesday, June 23, 2010

WaNiTA Dan TuDuNg

Sekarang da ramai yang brtudung..Artis2 pun kita tengok memang da ramai yang bertudung... Tapi sejauh manakah tudung yang kita pakai tu menepati syarat????


Ni tudung fesyen kebanyakan datin2 dan ahli korporat yang pakai.. nmpk jmbul kt dpn..


Ni pulak fesyen yang sanggul tingi2 tu...

Yang ni pulak labuh tutup dada...

Mesti ramai yang konpius sebenarnya. Macam mana tudung yang sebenarnya dibenarkan dalam Islam??? Tudung yang macam mana sebenarnya menepati hukum syarak???? Mari kite baca...


Isu tudung pada hakikatnya tidak sepatutnya menjadi polemik masyarakat umat Islam yang tidak berkesudahan. Isu ini bukanlah isu etika berpakaian sehingga ia harus dipertimbangkan sama ada perlu atau tidak, sesuai atau tidak kepada masyarakat kita atau bila dan di mana ia wajar dipakai. Isu ini bukanlah isu yang boleh diperdebatkan atau dibincangkan dalam mencari kaedah perlaksanaan yang terbaik, atau samada ia harus diwajibkan atau tidak. Isu tudung adalah isu yang menyangkut soal hukum syara’ dan kedaulatannya. Oleh yang demikian, umat Islam wajib memartabatkan hukum syara’ dan wajib terikat di setiap masa dan detik tanpa menilai pangkat mahupun kedudukan. Inilah hakikat pemakaian tudung.

Tudung telah di
WAJIBkan oleh Allah dalam firmanNya yang amat jelas:
  “…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” [TMQ an-Nur:31]

Kehendak ayat ini adalah jelas. Allah tidak menerangkan lebih lanjut tentang maksud ayat ini dan tidak terdapat hadis qauli (ucapan Nabi) yang sahih tentangnya. Namun begitu, hadis iqrari (perakuan Nabi) yang sahih tentangnya amat banyak sekali, Ini merupakan hadis berbentuk perakuan Nabi terhadap para sahabat wanita yang semuanya bertudung setelah turun ayat tersebut. Di antaranya adalah:
Yang pertama, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah radhiAllahu ’anha:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah binti Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aisha r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah.

Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud):

"…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Jelas sekali, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan, kaum wanita Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk menutup kepala dan dada.

Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas nama ‘glamour’, peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi, tidak sampai ‘seru’, pakaian ‘taqwa’ lebih baik atau  pelbagai lagi alasan yang tidak masuk akal. Golongan wanita Muslim awal seperti inilah sepatutnya dijadikan contoh dan teladan kepada kaum wanita zaman kini untuk segera melaksanakan perintah pemakaian tudung, sekiranya merasakan diri merupakan wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala....
Sampai sini dulu...Yang lainnya akan saya sambung di lain hari..Sama-sama kita mengingatkan....
Wassalam...
diambil sebahagiannya daripada: 






Tuesday, June 22, 2010

Maafkanku.....

Andai aku terkasar bahasa..maafkan aku
Andai aku telah menyakiti hatimu..Maafkanlah aku..
Andai setiap perlakuanku mengundang rasa tak senang pada kalian,maafkanlah aku...
Maafkan setiap tutur kata,perbuatan dan segala-galanya tentang diri ini yang mengguris hati dan perasaan kalian..
Dalam sedar dan dalam xsedar,banyak salah aku pada semua..
Aku tak tahu kenapa, tapi aku makin rasa gelisah..
Mungkin silapku masa lampau menghantui hingga kini..Sungguh...
Bukan aku nak meninggi diri, bukan aku nak menunjuk2
Allah berikan aku sesuatu yang amat berharga untuk aku pegang..

Ya Allah..Ampunkanlah aku...

Saturday, June 19, 2010

EVERYTHING BUT THE GIRL by DARIN ZANYAR

EVERYTHING BUT THE GIRL
by
DARIN ZANYAR


When I saw you I knew you were the one
I want to orbit you like you're the sun
But let me know before I come undone
Am I the one for you

I'm like a puzzle with a missing piece
I got a car but didn't get the keys
And only you can set my mind at ease
So what am I to do

I have everything but the girl I want, it's sad but true
And everything but the love I need to make it trough
And everythime I look into your eyes, thats when I realize
Just how much I love you

Some say lady luck is on my side
And that my life has been an easy ride
But they don't know how many times I cried
Cause I'm nothing without you

I don't know how lonf I can keep it up
I need a sign to make it trough
You gotta tell me now, you gotta let me know
So what am I, what am I to do

I have everything but the girl I want, it's sad but true...

Friday, June 18, 2010

maaf

lama xpost pape entry..tp td jmpe artikel ni..n sy nk kongsi dengan semua...

ORANG2 NI SEMUA ADALAH ANTARA YANG BERJASA DALAM ISLAM...
SY COPY DARI: http://www.razif.net/blog/agama/islam-pilihanku/
1. Muhammad Ali - Legenda tinju dunia
Muhammad Ali dilahirkan di Louisville Kentucky, AS pada 17 Januari 1942. Nama Kristian beliau ialah Casscius Marcellus Clay dan beliau menukar namanya kepada Muhammad Ali selepas menyertai Nation of Islam yang pernah mendakwa Malcolm X sebagai Nabi di Amerika. Ali kemudian mengubah pendiriannya dan menjadi seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Baginya, Islam adalah agama yang benar, namun isu beliau memeluk Islam menjadi kontroversi apabila penganjur pertandingan tinju masih menyebut namanya sebagai Casscius Clay. Ali enggan masuk ke gelanggang sehingga beliau dipanggil dengan nama Muhammad Ali.Ketika berusia 18 tahun, beliau beraksi di Sukan Olimpik Rom pada 1960 untuk bertarung bagi kelas light heavyweight. Ali menjadi peninju profesional dan pada tahun 1964, dia menumpaskan Sonny Liston bagi memenangi kejuaraan kelas heavyweight dunia. Dia mempertahankan kejuaraannya sebanyak sembilan kali dalam tempoh empat tahun. Selepas menolak untuk menyertai pasukan tentera AS ke perang Vietnam, gelarannya telah dilucutkan dan tidak bertarung di gelanggang selama tiga setengah tahun. Ali merampas semula gelarannya pada tahun 1974 dengan menumpaskan George Foreman. Dia mempertahankan kejuaraannya sebanyak 10 kali sebelum tewas kepada Leon Spinks, tujuh bulan kemudian. Pada 1 Julai 1975, Muhammad Ali pernah melakukan aksi perlawanan tinju dengan Joe Bugner di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ali bersara daripada sukan tinju pada 1981 dengan mencatat rekod 56 kali menang dan lima kali kalah. Perkara yang pasti, beliau yang kini berusia 68 tahun ialah seorang legenda tinju dunia. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di seluruh dunia. Anaknya, Laila Ali meneruskan kerjaya bapanya dan menjadi peninju wanita Islam pertama.

2. Yusuf Islam - Janji penyanyi rock kepada Tuhan
Pada 1979, Cat Stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam berdepan dengan maut apabila kakinya mengalami kekejangan sewaktu mandi di pantai. Terhanyut semakin jauh dari pantai, Cat Stevens penyanyi rock yang dianggap sebagai bapa rock n roll berbisik di dalam hati, jika Tuhan menyelamatkannya, dia akan bekerja untuk Tuhan. Sejurus selepas itu, ombak besar datang dengan tiba-tiba dan menghanyutkannya ke tepi pantai. Beliau cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Semasa berada di hospital, adiknya yang baru balik dari Palestin telah menghadiahkan sebuah buku terjemahan al-Quran. Beliau membacanya dan mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Cat Stevens kemudiannya memeluk Islam pada 12 Disember 1979 dan memilih nama Yusuf Islam. Beliau kemudian meninggalkan dunia hiburan dengan alasan industri hiburan tidak terlepas daripada menjadikan seseorang itu ego dan riak. Pada tahun 2007, beliau telah menerima AS$1.5 juta royalti daripada kerjayanya sebagai penyanyi sebelum memeluk Islam. Beliau menggunakan wang itu untuk kerja amal dan kebajikan kepada umat Islam di London, antaranya membuka sekolah agama dan menubuhkan sebuah persatuan sekolah Islam di United Kingdom. Beliau kembali ke dunia muzik untuk konsert amal bagi mengutip derma dengan niat untuk membuat kebajikan kepada umat Islam seluruh dunia.

3. Yvonne Ridley - Terpesona dengan al-Quran
Yvonne Ridley adalah wartawan British yang lantang menghentam Islam menerusi hak kebebasan wanita. Beliau memasuki Afghanistan secara haram dengan memakai burka selepas permohonan visanya ditolak beberapa kali. Beliau menjadi masyhur setelah diculik pihak Taliban kerana mengesyakinya seorang perisik. Salah seorang anggota Taliban yang menahannya menyuruh beliau memeluk Islam tetapi beliau enggan. Sebaliknya, Yvonne berjanji akan membaca al-Quran setelah dia dibebaskan. Beliau bersikap kurang ajar kepada orang yang menahannya termasuklah meludah ke muka mereka. Walaupun begitu Taliban melayannya dengan baik dan menjaga kehormatannya sebagai seorang perempuan. Sehinggakan beliau diberi kunci bilik tahanan supaya boleh menguncinya dari dalam. Setelah dibebaskan beliau menunaikan janjinya untuk membaca al-Quran oleh kerana kagum dengan sikap puak Taliban yang melayannya dengan baik. Terpesona dengan al-Quran sebagai satu-satunya kitab yang mengangkat status wanita, Yvonne memeluk Islam pada 2002 dan menjadi seorang pengkritik yang disegani.

4. Daniel Streich - Tidak lagi anti Islam
Daniel Streich adalah bekas ahli Swiss People's Parti (SVP) di Switzerland dan seorang tokoh politik yang terkenal. Kemasyhuran beliau mencapai kemuncaknya apabila mula bergiat menentang Islam termasuk melancarkan kempen mengharamkan pembinaan menara masjid di seluruh Switzerland. Daniel Streich juga giat menyemarakkan sentimen anti Islam di Switzerland. Kempen tersebut menyebabkan beliau diberi penghormatan dengan ditawarkan jawatan tinggi dalam tentera Swiss. Beliau membeli banyak buku berkaitan Islam termasuk al-Quran untuk mencari fakta yang boleh digunakan untuk menghentam Islam. Beliau kemudiannya mendapat hidayah dan memeluk Islam pada bulan November 2009.

5. A R Rahman - Tidak melengahkan solat
A R Rahman adalah seorang pengubah lagu terkenal dalam industri perfileman di India. Beliau telah memenangi dua Grammy Award dan dua Academy Award. A R Rahman juga tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh Majalah Time. Pada usia 23 tahun, beliau telah memeluk Islam dan menukar namanya daripada Dileep Kumar kepada A R Rahman. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai pengubah lagu, beliau juga sangat disegani sebagai seorang yang sentiasa menjaga waktu solatnya. Walaupun diasak dengan kesibukan industri hiburan, beliau akan mengerjakan solat sebaik sahaja masuk waktu tanpa berlengah walaupun sedang bekerja dan tidak mengira di mana beliau berada.

6. Litvinenko - Ejen perisikan Rusia mati dalam Islam
Alexander Valterovich Litvinenko adalah pegawai tinggi dalam Badan Perisikan Ketenteraan Rusia (FSB) dan mempunyai hubungan peribadi dengan Presiden Vladimir Putin. Beliau dipecat daripada jawatannya apabila mendedahkan gejala rasuah dalam agensi perisikan tersebut. Pada November 1998, Litvinenko menuduh orang atasannya mengarahkan pembunuhan ahli perniagaan Rusia, Oligarch Boris Berezovsky. Litvinenko kemudiannya ditahan atas tuduhan melangkaui pegawai atasannya pada tahun 1999. Percubaan untuk menyeret Litvinenko ke penjara gagal sebanyak dua kali apabila beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Litvinenko melarikan diri ke United Kingdom sebelum percubaan ketiga dilakukan. Semasa di London, beliau menulis dua buah buku berkaitan kekejaman Agensi Perisikan Rusia dan beliau juga menuduh Vladimir Putin mengarahkan pembunuhan Anna Politkovskaya, seorang wartawan yang terlibat dalam pendedahan kegiatan agensi itu yang menjadi pembunuh upahan Presiden Rusia. Pada masa yang sama, beliau berasa tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya iaitu Kristian Ortodok. Beliau kemudian memeluk Islam pada November 2006. Mengikut bapanya, Litvinenko menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam sebelum November 2006. Bagaimanapun, Litvinenko mati selepas 10 hari memeluk Islam. Beliau telah diracun oleh ejen KGB dengan bahan radioaktif yang dikenali sebagai Polonium 210. Kesimpulan daripada siasatan kematian beliau adalah kerana permohonan kerajaan Rusia untuk membawanya pulang gagal.

7. Min Keller - Mualaf bertaraf ulama
Mulanya, Nu Ha Min Keller adalah warga Amerika Syarikat beragama Kristian dan memeluk Islam setelah beliau mengkaji dan mendalami Islam. Sebelum memeluk Islam beliau sentiasa dalam pencarian untuk memilih agama ketuhanan yang benar. Setelah memeluk Islam, Min Keller menjadi penterjemah buku-buku Islam dan pakar dalam bidang perundangan Islam. Terjemahan kitab Umdat al-Salik sebuah kitab pegangan mazhab Syafie dalam bidang syariah boleh dianggap paling masyhur. Reliance of the Traveller adalah kitab perundangan Islam dalam bahasa Eropah yang pertama menerima pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar.

8. Dr. Hofmann - Diplomat berjiwa Islam
Murad Wilfried Hofmann dilahirkan sebagai seorang Katolik dan memeluk Islam pada tahun 1980. Beliau ialah seorang yang berprofil tinggi dalam kerajaan Jerman. Kemasukannya dalam agama Islam menimbulkan kontroversi memandangkan jawatan yang disandang tidak seiringan dalam doktrin Kristian. Dr. Hofmann bertugas sebagai seorang pegawai tinggi di Jabatan Perkhidmatan Luar Jerman pada 1961 sehingga 1994. Mula bertugas sebagai pakar dalam pertahanan nuklear dan selepas itu menjadi Pengarah Informasi Nato di Brazil. Antara jawatan antarabangsa yang disandangnya ialah Duta Jerman di Algeria dan Maghribi. Beliau sekarang menjadi penaung Pusat Islam di Jerman.

9. Sharifuddin - Budak ajaib di Afrika
Lahir di Arusha, Tanzania kepada keluarga Katolik yang berbahasa Swahili, Sharifuddin telah menunjukkan ketokohannya semenjak bayi lagi ketika berusia dua bulan. Sharifuddin enggan disusui oleh ibunya. Lebih menakjubkan pada usia empat bulan, beliau boleh membaca ayat al-Quran. Dilaporkan, perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya adalah, "Kamu semua bertaubatlah semoga diterima oleh Tuhan" dalam bahasa Arab. Ibu bapanya yang risau dan menganggap anak mereka telah dirasuk jin menanggil paderi Kristian untuk mendoakan anak mereka supaya pulih seperti bayi yang normal. Berita ini telah sampai kepada seorang jiran yang telah datang dan menterjemahkan kata-kata Sharifuddin dalam bahasa Arab. Sejurus selepas itu, ibu bapanya memeluk Islam. Setelah berusia satu tahun, Sharifuddin boleh bertutur dan memberi ceramah dalam bahasa Arab. Setelah umurnya mencecah lima tahun beliau dibawa serata dunia untuk memberi ceramah agama. Pada usia sebegitu muda, beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis, Arab dan Swahili dengan baik. Salah seorang peminatnya yang setia ialah Presiden Libya, Muamar Gaddafi.